Peristiwa penting ini berlaku apabila Masyarakat Melayu berhadapan dengan hak-hak dan keistimewaan mereka cuba di hapuskan dan dipaksa untuk berkongsi bersama pendatang luar
Idea penubuhan Malayan Union dikemukakan oleh ’Unit Perancangan Tanah Melayu’ yang ditubuhkan seawal 1943.
Kebanyakan buku Inggeris menyatakan pembentukan Malayan Union adalah hasrat kerajaan British dalam menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan.
Keputusan ini dibuat berasaskan kepada Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh British di mana dalam kandungan piagam tersebut mengisytiharkan bahawa semua Negara sepatutnya diperintah dan mempunyai pemerintah sendiri dalam erti kata lain ‘MERDEKA’.
Bagaimanapun banyak pihak mempercayai penubuhan Malayan Union hanya untuk menukarkan taraf negeri-negeri Melayu dari sebuah negeri naungan kepada sebuah ‘tanah jajahan’ British.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan