- Malayan Union merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura).
- ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas Perang Dunia II.
- Idea penubuhan Malayan Union dikemukakan oleh ’Unit Perancangan Tanah Melayu’ yang ditubuhkan seawal 1943.
- Kebanyakan buku Inggeris menyatakan pembentukan Malayan Union adalah hasrat kerajaan British dalam menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan.
- Keputusan ini dibuat berasaskan kepada Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh British di mana dalam kandungan piagam tersebut mengisytiharkan bahawa semua Negara sepatutnya diperintah dan mempunyai pemerintah sendiri dalam erti kata lain ‘MERDEKA’.
- Bagaimanapun banyak pihak mempercayai penubuhan Malayan Union hanya untuk menukarkan taraf negeri-negeri Melayu dari sebuah negeri naungan kepada sebuah ‘tanah jajahan’ British.
Ahad, 7 September 2008
PENUBUHAN MALAYAN UNION
BUTIRAN MALAYAN UNION
- Terdiri daripada majlis perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British.
- Kedudukan sultan-sultan Melayu dikekalkan tetapi dalam bidang kuasa yang terhad—berkaitan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu sahaja.
- Pihak British memerintah melalui seorang penasihat yang diluluskan oleh Gabenor British.
- Kerajaan Malayan Union akan mengambil semua aset Tanah Melayu kecuali aset berkaitan agama Islam dan harta peribadi sultan.
- Di Pulau Pinang dan Melaka Pesuruhjaya Residen menjadi ketua Pentadbiran.
- Kewarganegaraan adalah berdasarkan prinsip Jus Soli.
TUJUAN PENUBUHAN MALAYAN UNION
Membentuk sebuah pentadbiran yang lebih cekap.
Melindungi kepentingan Inggeris di Tanah Melayu.
Menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
Menhalang wujugnya Inonesia Raya.
Menyeragamkan pentadbiran semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu kerajaan pusat.
Memperkukuhkan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu supaya pelaburan mereka bertambah.
PENETANGAN TERHADAP MALAYAN UNION
- Golonagan Melayu khususnya yang mendapat pendidikan barat dan pendidikan Melayu memeinkan peranan penting dalam menentang Malayan Union
- Ditentang hebat kerana menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam tercabar dan pemberian kerakyatan kaum imigran mengancam status quo orang Melayu.
- Akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis,Utusan Melayu, Pelita Maya dan Warta Negara menjadi saluran utama menyalurkan suara penetangan.
- Golongan haluan kiri seperti Parti Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar dan Barisan Tani Malaya yang terpengaruh dengan idea Melayu Raya menyokong penubuhan Malayan Union.
- Pemimpin-pemimpin Melayu dan pesara-pesara british membidas MacMichael kerana menggunakan ugutan untuk mendapatkan persetujuan sultan.
- Frank Swettenham, George Maxwell dan beberapa pesara Brutush bertindak menulis surat kepada akhbar Nasional dan merayu kepada Raja Britain agar menghentikan Malayan Union.
- Disebabkan terpengaruh dengan semangat pegawai dan rakyat, sultan membantah secara terbuka terhadap cara ‘kotor’ yang digunakan oleh MacMichael dan mencadangkan satu rombongan dihantar ke London untuk memansuhkan Malayan Union.
- Pihak British terkejut dengan sikap yang ditunjukkan orang Melayu. Kesedaran bahawa British tidaklah sekuat mana timbul selepas ppendudukan Jepun di Tanah Melayu.
- Bagaimanapun dengan penubuhan UMNO atau PEKEMBAR suara rakyat Melayu dapat disuarakan dengan lebih berkesan.
PENUBUHAN UMNO
- Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman.
- Disertai kira-kira 200 orang daripada 41 persatuan untuk membincangkan pembentukan gerakan Nasional Melayu serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union.
- Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO).
- Pada 1 Mei 1946, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato’ Onn bin Jaafar dilantik sebagai Presiden UMNO pertama.
PERLAKSANAAN MALAYAN UNION
- Walaupun mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu, Malayan Union diisyiharkan pada 1 April 1946 dan Edward Gent merupakan Gabenor pertama.
- Semasa majlis perlantikan Gabenor majlis tersebut telah dipulaukan oleh sultan-sultan.
- Melalui rundingan diantara UMNO, sultan-sultan Melayu dan pihak British akhirnya Malayan Union dibubarkan pada 1 Februari 1948 dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Langgan:
Catatan (Atom)